“Saya Harap Tindakan Syamsul Tak Keruhkan Keadaan” – Yusof Haslam
Sejak semalam hangat diperkatakan apabila pengarah terkenal, Syamsul Yusof mahu menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadapnya.
Memetik BH Online, bapa kepada pengarah itu iaitu Datuk Yusof Haslam berharap tindakan anaknya itu yang mahu menyaman Jawi tidak mengeruhkan lagi keadaan.
BACA: Syamsul Yusof Nak Saman Jawi RM10 Juta
Enggan mengulas mengenai tindakan anaknya itu, Yusof berkata dia dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul.
“Saya pelik dengan tindakan Syamsul. Namun, tak perlulah saya mengulasnya. Cuma sebagai orang tua, saya berharap tindakan Syamsul tidak akan mengeruhkan keadaan. Saya dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul,” katanya.
Semalam dalam satu perkongsian di Instagram, Syamsul berkata dia mahu mengambil tindakan undang-undang susulan pihak Jawi didakwa mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap keluarganya bahawa dia sudah berkahwin lagi.
Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Syamsul dengan isterinya pelakon Puteri Sarah Liyana berhadapan dengan kemelut rumah tangga atas dakwaan kehadiran orang ketiga dikenali Ira Kazar
- SUMBER
- BH Online
Isu ni jd complicated bila bini Syamsul dedahkan melalui media social supaya satu dunia tahu masalah peribadi dia. Kalau bini dia guna saluran betul dari awal tanpa melibatkan netizen dan persepsi umum ia mungkin lbh mudah nk cari jln penyelesaian. Tp bila satu dunia dah tau dan anggap Syamsul adalah suami yg gatal dan Ira adalah org yg kacau rumahtangga mrk jadi Syamsul pun susah nk buat apa2 sbb dia mmg sudah dihukum bersalah oleh netizen
Zzzzzzzzz uwekkkkkkkkkkk barf
Memang dia salah. ? lagi mau banyak cakap
Faham2 jer laa ni ira kazar penyondol ke hahaha kelakar. Kau x duduk tmpt bini dia x hadap apa yg bini dia hadap senyap je la. Nak backup pun x bertempat. Baik kai diam je la budusss
Tu la pasal. Tak tau la boleh betulkan keadaan balik ke tak bila dah masuk mahkamah.. selalunya bila masuk mahkamah, turun naik mahkamah, keadaan akan lebih keruh antara suami dan isteri. Kalau nak selamatkan rumah tangga ini bukan caranya.
Budussimpansikit ko confident tau hal rumahtangga org ko ni puteri sarah ke?! Aku x belah mana laa buduhsimpansikit. Hal dlm kain ko nk bgtau kt satu negara ko ingt bole selesai ke?! Ko mmg level bodoh x boleh nk simpan dah!!!
Bila terjadi keadaan begini ,kaum wanita beringatlah utk kembali kepada Allah Taala, benar ianya menyakitkan,benar hanya Sesiapa yg pernah melaluinya sahaja akan mengerti apa sebenarnya yang si isteri rasai.Namun ianya bukankah satu tiket utk para isteri canangkan pada satu dunia ttg situasi yg mereka lalui ,lebih2 lagi bila sampai tahap Anda menperolok2 dan menperlekehkan SI suami.Jika Anda seorang wanita merasa diri telah sempurna dalam segala2nya,Sekali lagi fikirkan kembali rasa sempurna itu ukuran diri sendiri atau pada ukuran si suami?
Ramai kaum wanita Hari ini terasa diri sangat hebat hanya kerana menpunyai berpendapatan tinggi dan berpendidikan namun sgt sedikit yg sedar,bahawa semua itu bukan penentu Anda adalah wanita terbaik buat para Suami kerana setiap Suami tetap dambakan seorang wanita yg tahu bagaimana meletak diri didepan Suami sebagai seorang isteri.
Kegilaan yang paling gila kini,apabila seorang isteri mengajak satu Dunia mencemuh Suami sendiri.Hidup ini mudah, jika Anda tidak tahan Sila angkat kaki,beringatlah,Anda,perempuan tidak akan mampu menyekat seorang lelaki sejati dari berbuat mengikuti kehendak mereka kerana mereka dilahirkan sebagai Pemimpin,yang perlu Anda fahami,Anda Masih memegang status isteri kerana dia Masih ingin bersama Anda dan jika dia ingin pergi,tiada Siapa mampu menghalangnya walau sehebat Mana sekalipun Anda rasakan diri Anda hebat dimata Dunia.
Mencabar dan menbuka aib Suami disaat ini tidak akan menguntungkan Sesiapa,walau sebaik Mana sekalipun mentua Anda..ingat,seorang Ibu tetap akan terluka bila anak mereka menjadi bahan cacian dimata Dunia.lambat laun,mentua Anda akan sedar kenapa dan mengapa anaknya memilih utk menduakan Anda,sikap dan akhlak anda akan menbuka Pekung Anda sendiri didepan mereka.
Ingat,redha dan syurga Anda masih ditangan suami..disaat ini hakikatnya andalah yg sedang menderhaka kepadanya walau seluruh Dunia bersama Anda..yang nyata tanpa Anda sedari,perbuatan,kata2 Dan tindakan Anda kini sdg menunjukkan bagaimana Anda Mula menunjukkan diri Anda dengan Ciri2 wanita yg derhaka kepada Suami sendiri..
Diamlah..berdoalah kepada Allah Taala..mintalah kebaikan buat Suami Anda dan fokuslah kepada ibadah dan kehidupan Anda sendiri sehingga Allah Taala menberi kan jalan buat Suami utk menentukan kedudukan Anda disisinya didalam hidupnya.
Saya doakan awak terus tabah..wanita itu diciptakan penuh dgn kelembutan dan kelembutan itu tidak akan merugikan Anda..disaat ini tiada Sesiapa dapat menbantu Anda melainkan Allah Taala sahaja.. Wallahu’alam.
Amatul Wadud..
Salute..
Saya suka apa yg anda tulis
Ada oostazah yg bg nasihat. Tp dlm diam suruh org tu bercerai to make way for Ira Kazar. “Hidup ini mudah, jika Anda tidak tahan Sila angkat kaki”
Kata oostazah penyokong Ira.
Jangan bercakap tentang isteri …jangan nak itu ini
Kau tu lelaki ..bukan perempuan
.kau takkan faham …
Kau takkan faham sebab kau bukan dia
Rep to Amatul Wadud
Btul apa yg anda katakan..sejahat2 anak sorg ibu akhirnya akan mengalah jua dn kasihankan anak yg diaibkn isteri sndiri dn dicemuh dunia.mertua tetaplah mertua dia x salahkan anak lelakinya tp dia salahkan perempuan lan sdgkan anaknya menyambut tangan perempuan lain itu..saya pnh lalui spt ini cuma beza bekas suami tidk berkahwin dn mertua menyebelahi saya tp tidk salahkan anaknya..saya tdk pnh bercerita tentang perangai buruk anaknya sehingga semuanya nmpk dgn matanya sendiri..mg sakit tp saya ambik langkah pergi krn bagi saya dia sendiri tidk pnh sayangkan saya rumahtangga dn anak2..ramai yg marah bila ada ustazah nasihatkan supaya bercerai kerana dia taknk seorg isteri menanggung dosa mencanangkan aib isteri..sejahat2 mana pm lelaki tu dia Masih seorg suami ..
Kesimpulannye..jgn cr bini mulut benyek..
Yg tahu hukum agama je x kan buka aib suami pd umum..wlaupun kecewa dgn perangai suami..gn saluran yg betul..mahkamah syariah ada..luah semua mslh kt situ..br blh selesai..
Saya sependapat dengan Amatul.. sebaik2nya muhasabah diri sendiri dan kembali kpd Allah. Jangan lah terlalu byk mengaibkan suami dan juga org lain. Cari jln penyelesaian dgn cara yg betul…
Semuanya hanya pinjaman…yg kekal hanyalah Allah S.W.T. Berserah kpd Allah setelah Sarah sudah berusaha utk memperbaiki keadaan…
@Amatul Wadud….surat panjang berjela….adakah anda kesunyian? Penulis pencen? Kesian sendiri tulis sendiri like bawah tu semua yg sokong org sama…..atau adakah anda @Rahim Plug….bau boleh bau sama busuk!
Katakanlah Syamsul xde kaitan dgn Ira Kazar; why not kita cdgkan Syamsul kahwin seorang lagi. Buat grand sikit – “wedding of the year”. Kita tgk yg seorang tu melatah atau tidak
..wah, kalau lelaki buat salah suruh perempuan muhasabah diri..kalau perempuan punya salah, siap suruh lelaki cari lain..adil ke
@amatur wadud 101% setuju dgn kta2 kamu..
Aku x pnh minat ISU Komen artis. Aku Komen ni demi nitizen yg gemar bab Komen artis. Cukuplah. Baik Komen pasal agama atau ISU murtad org Islam atau yg baru msk Islam..pernah terjadi mualaf yg nak Keluar Islam pergi mengadu kat pjbat agama Dan jumpa Kerani. Dgn selamba Kerani minta pergi ke pej sekian kerana slh pejabat. Lngsung x Ade reaksi terkejut atau Tanya knp murtad.. betapa Umat Islam Melayu dI Malaysia xde sensitiviti agama sendri. Tp bab artis laju je ulas..
1 lg.. latih diri jd ahli syurga wahai wanita Islam Melayu mlysia sbb di syurga nanti kamu yg di beri ganjaran oleh Allah bakal menikmati nikmat spt mnjadi ketua bidadari yg di MILIKI suami kamu ( poligami) bagaimana kamu nak berdepan dgn situasi itu sdgkn poligami di Dunia kamu dah melenting? Siapa agaknya yg layak d kalangan kamu ikut suamimu di jannah? Doa sape yg tkabul?..
Sebelum nak nasihat wanita tu, jadi lah lelaki yang benar benar adil dan menjaga maruah wanita. Takkan jadi hal begini kalau lelaki itu benar benar beriman dan tahu tanggungjawabnya yang sebenar dalam islam..huh !!