fbpx

Menerusi satu perkongsian di Instagram, penyanyi Lan Solo meluahkan rasa syukur apabila dia dan isteri, Nur Sheila Hassim tersenarai dalam penerima anugerah 100 Top Young CEO 2021.

Berkongsikan berita gembira itu bersama peminat, Lan berkata dia tidak menyangka perniagaan kedai runcitnya, Solo Borneo Mart membuahkan hasil dan akan sampai ke tahap ini.

BACA: Rody Kristal Minta Lan Solo, Siti Nordiana Berdamai, Buang Ego

“Tak pernah termimpi Solo Borneo Mart akan sampai ke tahap ini, yela kedai runcit je kan! Tapi bila dah rezeki, Allah kata Dia nak bagi, Dia akan bagi,” tulisnya.

Dalam pada itu, Lan turut melluahkan rasa teruja apabila dapat berjumpa dengan usahawan-usahawan hebat lain dalam majlis anugerah tersebut.

Difahamkan, Lan dan isteri mengusahakan perniagaan kedai runcit yang diberi nama Solo Borneo Mart yang menumpukan kepada produk makanan dari Sabah dan Sarawak. Solo Borneo Mart mempunyai dua cawangan yang terletak di Puchong dan Ampang.