fbpx

Rody Kristal Minta Lan Solo, Siti Nordiana Berdamai, Buang Ego

Sejak bulan lalu hangat diperkatakan mengenai kes saman antara Siti Nordiana dengan dua rakan artis iaitu Lan Solo dan Syura serta tiga individu lain.

Mengulas mengenai perkara itu, gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody berharap kes antara sahabatnya itu dapat diselesaikan dengan baik. Tidak mengetahui punca sebenar konflik berkenaan, namun dia meminta supaya mereka berdamai dan buang ego.

BACA: Tak Takut Dengan Siti Nordiana, Peguam Dua Defendan Sedia Lawan Di Mahkamah

“Mereka adalah rakan-rakan saya sejak zaman sekolah… zaman Kristal muncul dulu, kita tak tahu apa sebab terjadi benda ini. Tak tahu apa masalah dalaman mereka.

“Yang penting kita harap mereka semua berdamai… ego tu buang la macam lagu Terpisah, boleh baca liriknya. Dalam kehidupan kita ini kalau boleh saling memahamilah,” katanya.

Terdahulu, selepas 18 tahun bersama Kristal, Lan membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan berkenaan pada November 2017.