Sudah hampir 19 tahun berada didalam industri hiburan tanah air, Datin Alyah mengakui situasi kini sangat menakutkan lebih-lebih lagi ianya dikuasai oleh media sosial.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Usia perkahwinannya dengan Datuk Ramli M.S sudah hampir enam tahun, namun kisah mereka sentiasa menjadi perhatian ramai. Malah, setiap kali tampil dengan dengan lagu baru pasti netizen akan mengaitkan dengan kehidupan rumah tangganya.
BACA: Alyah Dedah Masalah Rumah Tangga, Buka Aib Ramli MS
“Jika saya buat lagu sedih, orang pasti akan menganggap saya tidak bahagia dengan suami. Andai saya cipta lagu yang berbunga-bunga, orang menuduh saya terlalu menunjukkan kebahagiaan pula.
“Terseksa mental saya apabila baca komen sebegitu. Cukup-cukuplah buat andaian sendiri, lebih baik hayati sahaja setiap karya tanpa sebarang niat tidak baik dalam hati,” katanya kepada Kosmo!
Berkongsi cerita peribadinya, Alyah memberitahu beliau berhasrat untuk mendapatkan rawatan IVF bagi mendapatkan zuriat, namun hasratnya itu mungkin perlu ditangguhkan buat seketika.
“Memandangkan tahun hadapan genap 20 tahun saya dalam industri jadi saya mengimpikan sebuah konsert solo dan secara tidak langsung, agenda itu akan menuntut masa serta fokus saya.
“Mungkin selepas selesai hal seni, barulah saya akan membuat rawatan IVF kerana apabila saya bersetuju melakukannya, saya perlu berehat lama dan tidak boleh keluar bekerja,” katanya.