fbpx

Alyah Dedah Masalah Rumah Tangga, Buka Aib Ramli MS

Tiada angin tiada ribut, tindakan Alyah meninggalkan komen berbaur sindirian di Instagram suaminya, Ramli MS menimbulkan tanda tanya mengenai keadaan rumah tangga pasangan tersebut, yang seolah sedang bergolak.

BACA: Alyah Redha Belum Sampai Masa Timang Anak

Video menyaksikan Jihan Muse dan Nabil Ahmad ‘menyembah’ Tok Ram sempena hari jadinya membuatkan Alyah menulis, sambutan seperti itulah yang digemarinya suaminya, dan bukan bacaan Al-Quran yang dibuatnya di rumah.

“Macam ni la yang dia suka. Sambutan birthday macam ni la yang dia nak. Kalau kita buat bacaan al-Quran kat rumah dia panas duduk kejap je, terus nak keluar main snuker,” sindir Alyah kepada suaminya.

Bagaimanapun komen Alyah itu mendapat pelbagai reaksi netizen, antaranya menegur penyanyi itu supaya tidak mengaibkan suami. Namun Alyah yang berang terus membalas komen individu tersebut dan berbalah.

Terdahulu luahan Alyah di Instastory telah menarik perhatian netizen apabila penyanyi itu meluahkan rasa penat berpura-pura bahagia depan orang ramai. Harapnya Alyah dan Tok Ram dapat selesaikan isu ini di rumah. (rtky/w)