Pelakon Neelofa berkongsikan idea jualan nasi ayam oleh ibunya itu timbul selepas resepi nasi ayam dikongsikan olehnya mendapat sambutan di media sosial.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Neelofa berkata nasi ayam yang dijual oleh ibunya iaitu Datin Kartini adalah resepi keluarga dan kegemaran mereka sekeluarga.
BACA: “Ayam Besar” – Ibu Neelofa Jual Nasi Ayam RM26, Ramai Puji Nampak Sedap
“Pada awalnya, saya yang kongsi resipi nasi ayam dekat Instagram dan tiba-tiba viral pula. Ramai tag saya dan mama sampai satu saat mama kata dia nak cuba jual nasi ayam.
“Sejak kecil lagi dan zaman duduk kat Pasir Mas, Kelantan, menu inilah yang kami makan hingga sekarang. Ini kegemaran kami sekeluarga,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai komen netizen berkenaan nasi ayam ibunya, Neelofa berkata masing-masing ada citarasa mereka sendiri. Malah, dia terbuka menerima pandangan orang ramai mengenai nasi ayam tersebut.
“Siapa yang dah rasa, kebanyakkannya kata sedap tetapi ada juga yang kurang suka. Terpulang pada lidah masing-masing.
“Saya nak pesan juga. Ada yang beri pandangan mereka mengenai nasi ayam ini. Sejujurnya, saya okay saja dengan orang yang buat review jujur pasal nasi ayam ni sama ada sedap atau tidak. Okay saja,” katanya.
Dalam pada itu, Neelofa berkata ibunya menjual nasi ayam tersebut sekadar suka-suka sahaja serta mahu membantu orang sekeliling.
“Mama buat nasi ayam ni sekadar sampingan memandangkan mama pun sudah tidak bekerja. Dia buat hanya sekadar suka-suka dan dalam masa sama membantu orang-orang sekelilingnya,” katanya.