fbpx

Terpalit Skandal Video, Azwan Ali Harap Abangnya Terus Kuat

Sejak semalam kecoh di media sosial satu rakaman video ‘intim’ dua lelaki dengan salah seorangnya dikatakan mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Azmin Ali. Kemudian, tersebar pula video akuan sumpah seorang lelaki dalam video seks berkenaan.

Berhubung isu melanda, adik kepada YB Azmin Ali iaitu Azwan Ali turut bersimpati di atas kontroversi tersebut serta berharap abangnya terus tabah dan dapat membersihkan namanya.

BACA: Hanya Raih 90 Undi, Ini Respon Azwan Ali

Menurutnya lagi, ini merupakan ujian besar buat abangnya dan mungkin ia merupakan perbuatan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan abangnya.

“Bagi saya, ia merupakan ujian terbesar buat beliau dengan kedudukannya sekarang sebagai menteri dan ahli politih. Mungkin ada pihak cuba untuk jatuhkan dia.

“Beliau kena kuat. Saya berharap beliau tabah, dapat menghadapi dakwaan ini dan membersihkan namanya sekiranya ia adalah fitnah.

“Saya beri nasihat untuk beliau supaya kuat hadapi ujian terbesar ini, bukan sebab video dakwaan yang tersebar tetapi kerana saya lebih mengenali dia. Saya tidak terkejut langsung dapat video-video itu. Saya sebagai adik lebih mengenali dia macam mana,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, tular tiga video seks mirip menteri bersama seorang lelaki. Pagi tadi kecoh apabila seorang pemuda bernama Haziq Abdul Aziz membuat akuan sumpah mengaku dirinya terlibat dalam video hubungan sejenis yang tular itu.