fbpx

Hanya Raih 90 Undi, Ini Respon Azwan Ali

Hanya mampu memenangi 90 undi, Azwan Ali profesional menerima kekalahannya menentang abangnya, Datuk Seri Azmin Ali. Jelasnya biarpun berpuluh ribu duitnya habis, beliau berpuas hati menentang abangnya.

BACA: Bertanding PRU14, 5 Fakta Menarik Tentang Azwan Ali

“Lebih afdal saya tidur saja. SPR menghubungi saya minta datang ke tempat pengiraan undi tetapi saya beritahu takkan hadir kerana saya seorang saja dan tiada jentera penyokong. Saya bukan orang politik dan siapapun yang menang terpaksalah terima”

“Saya tahu jika kalah akan hilang wang pertaruhan dan saya sudah niat sedekahkan kepada SPR. Tetapi perjuangan saya menentang Datuk Seri Azmin Ali tetap menjadi satu sejarah dan pengalaman yang cukup menarik serta pencapaian yang membanggakan saya”

Bagaimanapun Azwan tidak mahu isu kehilangan wang pertaruhan dimainkan walaupun beliau menyedari dirinya hanyalah calon menang sorak. Tidak dinafikan kehadiran Azwan meang menceriakan susasana piliharaya tahun ini.

“Sejak awal saya tahu, saya adalah calon yang menang sorak tetapi orang melihat keunikan saya. Kalau saya nak bertanding, saya buat dan tidak ‘propa’ sehingga sanggup menggunakan wang sendiri tanpa adanya penaja walau difitnah,” jelasnya mengenai kekalahannya semalam. (rtky/w)