Sepatutnya diijabkabulkan pada 21 November lalu, pasangan pelakon Risteena Munim dan Isa Khan terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan mereka ke tarikh lain disebabkan pandemik COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh Risteena menerusi satu perkongsian video di Instagram. Menerusi entri itu, Risteena berkata segala persiapan sudah dibuat untuk majlis tersebut namun mereka hanya mampu merancang.

BACA: Risteena, Isa Khan Tunda Kahwin?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena)

“Sepatutnya saya dan Isa Khan akad nikah pada 20.11.2020 sehari selepas hari jadi saya. Segala persiapan telah pun dibuat. Tetapi disebabkan situasi pandemik yang dihadapi, majlis terpaksa ditunda ke tarikh yang baru.

“Kita hanya mampu merancang, Allah sebaik baik perancang. Kami akan bersama-sama dan akan lebih kuat dalam menjalani segala dugaan,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, Isa dilihat tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata dihadapan ibu Risteena. Turut kedengaran, Isa berkata banyak dugaan ditempuhi mereka untuk menghalalkan hubungan.

Dalam pada itu, Risteena meluahkan rasa syukur dikurniakan keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan mendoakan agar segala urusan perkahwinan mereka akan dipermudahkan.

“Saya bersyukur mempunyai keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan pasangan yang sangat mencintai saya. Semoga semua urusan dipermudahkan. Doakan yang baik-baik,” tulisnya lagi.

Isa dan Risteena telah mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia