Risteena, Isa Khan Tunda Kahwin?
Dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan tahun ini, pelakon Isa Khan memaklumkan dia dan tunangnya, Risteena Munim masih belum membuat keputusan sama ada meneruskan majlis perkahwinan mereka atau tidak.
Menurut Isa, majlis perkahwinan mereka sepatutnya diadakan pada November ini namun memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilanjutkan lagi, mungkin perlu ditunda.
BACA: Isa Khan Terima Empat Kali Kejutan Hari Lahir Dari Risteena
“Memang plan asal sekitar bulan November tetapi sekarang PKPB jadi kita tak tahu sama ada boleh teruskan atau tidak. Kemungkinan besar kita kena tunda. Nak tunda ke tarikh baru tu belum pasti lagi,” katanya kepada Gempak.
Kata Isa lagi, dia dan Risteena hanya merancang untuk melakukan majlis akad nikah yang hanya dihadiri tetamu terdekat, manakala majlis resepsi akan diadakan tahun depan.
“Sebenarnya memang plan kami untuk adakan majlis akad nikah saja tahun ini. Majlis resepsi mungkin awal tahun depan. Sebab kami nak buat gathering untuk keluarga, kawan dan rakan media tapi dalam kuantiti yang sikit.
“Tapi itu pun tidak dibenarkan. Kami pun tak pasti lagi macam mana, nak kena tengok keadaan COVID-19. Belum pasti lagi sama ada nak tunda semuanya ke tahun hadapan atau tidak,” katanya.
Isa dan Risteena mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.
- SUMBER
- Astro Gempak
Main tetap main walaupun kahwin dah ditunda.
Lain jek rupa isa dlm gmbr ni..
Dunia sekarang dah tak perlu kahwin, main dulu, test power kalau best kahwin, tu pun hanya bertahan 2-3 tahun lepas tu cerai, cari lain yg lebih gebu dan bergetah
org warganegara mlysia. Org tak kecam sbb makwe pun dri org melayu. Isa khan pun mlyu kan walaupun ada drh khan. Sbb lhir kt sini.
Klau yg berbangsa khan yg bkn rakyat mlysia ada girlfriend melayu bercinta bgai nak rak..tak boleh lupa..sggup ikut kmana2..cintalah katakan..tup tap..tup tap..bla..bla suatu hari tak boleh menikah sbb hubungan di larang oleh orgtua wanita tu…mka pergilah si khan yg bkn org mlysia tu balik kpg. Dah terlalu sygkn bekas pkwe..mka viralkan..lelaki tu telah menodainya..pdhl suka sama suka.
Ada mcm tu kan kt luar. Jdi sama2 salah dlm hal ni..bkn org luar je perlu disalahkan.
nk kwin pn susah..mira filzah tu elok je kawin.. yg korng entah ble nk kwin..hahah aduh boring la.. buat la yg afdal dlu, iaitu nikah..x pyh nk buat besar2.. ni mesti nk menunjuk2 ni..