fbpx

“Terlupa Ada Suami Di Sebelah Masa Bangun Tidur”

Baru sahaja empat hari bergelar isteri kepada Aidil Aziz, pelakon Fasha Sandha mengakui dirinya masih lagi menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya itu.

Sudah terbiasa hidup sebagai ibu tunggal, Fasha berkongsikan pengalaman lucu dimana dia terlupa dirinya sudah berkahwin dan suaminya ada di sebelah apabila bangun dari tidur.

BACA: Ramai Puji Ucapan Jejai Buat Fasha Sandha, Aidil Aziz

“Memandangkan saya sudah tiga tahun lima bulan menjadi ibu tunggal, saya ada momen terlupa ada suami di sebelah semasa bangun tidur. Saya lupa selepas bangun tidur kena gosok baju suami, siapkan sarapan pagi.

“Apabila ingat balik momen itu saya hanya mampu tergelak sendiri. Itulah kejadian yang buat saya ketawa sampai sekarang, sejujurnya saya seronok dengan kehidupan selepas kahwin sebab ada teman untuk berbincang dan berbual sebelum tidur,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Fasha memberitahu anak-anaknya semakin selesa dengan Aidil dan mula memanggil dengan panggilan ayah.

Difahamkan, majlis resepsi belah pengantin lelaki akan diadakan di kampung halaman Aidil di Negeri Sembilan, Sabtu ini.