Selesai sudah majlis pernikahan dan persandingan Fasha Sandha dan suami semalam di Perlis, perhatian telah teralih pula kepada ucapan manis dari bekas suami, Jejai buat pasangan terbabit
BACA: Fasha Sandha, Aidil Aziz Mahu Cepat Dapat Anak
Dalam ucapan itu, Jejai memanjatkan doa buat pasangan tersebut agar dipanjangkan jodoh, selain memuji sikap Aidil Aziz yang rapat dan menyayangi anak-anaknya sebelum menjadi suami sah buat Fasha.

Ramai memuji sikap Jejai yang menjaga hubungan baik dengan bekas isterinya, Fasha biarpun sudah berpisah lama. Malah ramai juga memuji susun kata ucapan Jejai yang terpancar keikhlasan di hati.
Teringat pula ketika bekas isteri Jejai, Nora Danish bernikah bersama suami, Nedim Nazri, selain ucapan tahniah Jejai juga turut sama menghadiri majlis pernikahan mereka. Memang sporting Jejai ni! (rtky/w)