fbpx

Terlalu Lurus Bendul, Rihana Oksana Nyaris Jadi Mangsa Scam

Kisah perceraiannya masih lagi menjadi tanda tanya netizen, namun kali ini lain pula cerita yang timbul mengenai bekas Ratu Rusia, Rihana Oksana apabila nyaris menjadi mangsa penipuan scammer yang kini semakin berleluasa.

Difahamkan, baru-baru ini Rihana ada memuat naik mesej yang diterimanya dipercayai daripada seorang ibu malang yang meminta bantuan sebanyak RM500 daripadanya.

BACA: Rihana Oksana Akhirnya Dedah Wajah Tengku Leon

Kasihan dengan nasib menimpa ‘ibu malang’ tersebut, Rihana bertanyakan kepada pengikutnya cara terbaik untuk membantu wanita tersebut dengan anaknya. Susulan perkongsiannya itu, rata-rata netizen dengan pantas memberitahu bahawa mesej itu adalah satu penipuan.

Namun, Rihana membalas dia sudah pun berbual dengan ‘ibu malang’ itu dan mendapati wanita itu betul-betul berada dalam kesusahan. Bagaimanapun, ramai yang menasihatinya untuk berhati-hati dan jangan mudah percaya.

Mungkin ramai netizen memberikan amaran kepadanya berkenaan penipuan tersebut, perkongsian itu sudah pun dipadam oleh Rihana.

Dalam pada itu, melihatkan apa yang berlaku ramai netizen beranggapan Rihana seorang yang terlalu lurus dan mudah tertipu.