fbpx

Rihana Oksana Akhirnya Dedah Wajah Tengku Leon

Kontroversi perkahwinan Rihana Oksana dengan Sultan Kelantan masih lagi menjadi tanda tanya. Lebih kecoh apabila peguam Sultan mempersoalkan tiada bukti mengatakan Sultan Muhammad V adalah bapa kandung kepada bayi berkenaan.

Umum mengetahui, Rihana enggan mendedahkan wajah anak lelakinya yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra kepada umum. Bagaimanapun, Rihana berkata dia akan berkongsikan wajah Tengku Leon menerusi laman YouTube miliknya tidak lama lagi.

BACA: Rihana Oksana Bakal Dedah Wajah Tengku Leon

Nampaknya, selepas lima bulan berahsia, Rihana mengotakan janjinya dengan memuat naik beberapa foto wajah anak sulungnya di akaun Instagram miliknya. Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecomelan Tengku Leon.

Terdahulu, Rihana menegaskan Leon merupakan anak hasil perkahwinan mereka dan mendakwa wajah anaknya seiras Sultan Muhammad V. Malah, bulan lalu Rihana turut memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Rusia untuk menentukan siapakah ayah kepada anaknya.