fbpx

Terlalu Kuat Bekerja, Amyza Aznan Jatuh Sakit

Baru-baru ini, perkongsian Amyza Aznan di Instagram mengejutkan ramai apabila pelakon itudilaporkan telah dimasukkan ke hospital setelah jatuh sakit ketika berada di set penggambaran.

Akui sibuk sangat bekerja sehingga membuatkan dirinya jatuh sakit, Amyza berkata keadaannya kini semakin baik dan perlu berehat. Menerusi perkongsiannya itu, Amyza memuat naik fotonya terlantar di hospital.

BACA: Hikmah Kontroversi, Amyza Aznan Tak Putus Terima Tawaran Berlakon

https://www.instagram.com/p/CElM40ZFvLc/?utm_source=ig_embed

“Saya ok, jangan bimbang semua. Bila setiap hari kau tiada masa rehat kerana sibuk dengan memenuhi tunturan kerja.

“Jadi, bila Allah bagi rehat, saya rehat la. tq so much to all doctors and nurses yang sangat efisen tak terluah dengan kata-kata,” katanya.

Dalam pada itu, Amyza turut mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan dan krew penggambaran ZGB Production kerana sentiasa memberi sokongan moral dan semangat ketika dia ditimpa penyakit dan musibah.

Difahamkan, Amyza kini sedang sibuk melakukan penggambaran beberapa drama terbaru untuk slot televisyen tempatan iaitu ‘Isabella’ dan ‘Hello, Jangan Tapau Cintaku.”