fbpx

Terkesan PKP Dilanjutkan Lagi, Adibah Noor Perlukan Kerja

Melihatkan kes baharu harian yang masih tinggi, seperti sudah dijangka semalam kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi dari 5 Februari sehingga 18 Februari depan.

Lanjutan PKP itu sekaligus mendungang pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia termasuk pelakon dan penyanyi Adibah Noor yang turut memuat naik luahan di laman Twitter miliknya.

BACA: Bibir Senget Diserang Bell’s Palsy, Adibah Noor Kini Jalani Rawatan

Menurut Adibah, dia tidak pasti adakah dirinya masih kuat untuk mengharungi keadaan tersebut apatah lagi dia juga memerlukan kerja seperti rata-rata rakyat Malaysia yang terkesan dengan PKP.

“Allah, saya tidak tahu saya boleh melalui semua ini atau tidak. Saya perlukan kerja,” katanya.

Perkongsian Adibah itu mendapat respon daripada ramai netizen yang bersimpati serta mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Tidak kurang juga ada yang mencadangkan supaya Adibah menjadi seorang guru ‘online’ di saluran YouTube. Kata netizen lagi, ramai pengikutnya ternanti-nanti kerana cara Adibah mengajar mudah untuk difahami.