fbpx

Bibir Senget Diserang Bell’s Palsy, Adibah Noor Kini Jalani Rawatan

Sebelum ini pelakon Faye Kusairi diserang Bell’s Palsy sehingga sebelah mukanya lumpuh, terbaru artis serba boleh Adibah Noor pula dilaporkan mengalami diserang masalah saraf muka sebelah kiri sejak tiga minggu lalu.

Adibah memaklumkan dia kini sedang menjalani rawatan fisioterapi sebanyak 12 sesi. Menceritakan apa yang berlaku Adibah berkata serangan itu terjadi ketika dia sedang berkumur untuk menggosok gigi.

BACA: Baru Dapat Dua Kerja, Adibah Noor Berang PKPB Mengejut

“Sebenarnya perkara ini sudah berlaku tiga minggu lalu. Ketika itu saya perasan ketika berkumur sewaktu gosok gigi. Secara tiba-tiba air terpancut keluar dari mulut dan macam bocor.

“Jadi saya pun pergi ‘shooting ‘ dan dapati bibir tidak dapat nak mengucapkan kata-kata seperti biasa. Ia macam senget sikit,” katanya

Dalam pada itu Adibah berkata setelah menjalani 10 sesi rawatan terdapat banyak perubahan dan berharap keadaan semakin pulih. Ujarnya, keadaannya kini semakin pulihdan tidak perlu dimasukkan ke wad.

“Ikutkan ada dua sesi lagi. Sebab saya ambil 12 sesi. Kalau selepas ini saya rasa masih perlukan rawatan saya akan teruskan. Tapi, insya Allah mungkin selepas ini dalam lima ke enam kali lagi okay dah. Insya Allah,” katanya.