Ibu kepada pelakon Anna Jobling iaitu Ariz Arop meluahkan rasa kecewa serta mendakwa anaknya berubah selepas terkenal.
Menerusi video dimuat naik di Insta Story, Ariz berkata dia pernah menasihati anaknya itu supaya tidak lupa diri selepas popular dan tidak sangka dirinya dilayan seperti anjing kurap.
BACA: Anna Jobling Hantar Injunksi, Ibu Hanya Dibenarkan Jumpa Dalam Jarak 100 Meter

“Takpelah, dulu sebelum dia popular saya ada cakap jangan lupa diri. Walaupun dia bagi duit, tak bermakna dia boleh layan saya macam ni..macam anjing kurap dah,” katanya.
Sementara itu, Ariz berkata dia banyak berkorban demi membesarkan Anna itu namun tidak menyangka anaknya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
“Saya bergolok gadai jual kereta, barang kemas untuk besarkan dia. Jadi supir (pemandu) bawa dia ke sana sini tanpa gaji cuma nak anak kita senang.
“Bila dah senang, harapkan kebaikan seorang anak tapi macam ni dia buat? Banyak bergaduh dengan dia tapi terasa hinanya bila dia boleh panggil peguam keluarkan saya dari kereta macam saya nak bunuh dia,” katanya.
Terdahulu, Ariz mendedahkan dia pernah menerima injunksi pada Disember tahun lalu dan hanya dibenarkan berjumpa anaknya dalam jarak 100 meter.
Menurut Ariz lagi, perintah injunksi itu didakwa kononnya diterima kerana kelakusan kasar dilakukan terhadap Anna.