fbpx

‘Terjah’ Suami Selepas Solat, Syatilla Melvin Dikritik Netizen 

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Syatilla Melvin menjadi perhatian apabila memuat naik video bersama suaminya, Shaheizy Sam sedang solat berjemaah.

Menerusi video tersebut, Syatilla dilihat menerjah suaminya selepas selesai solat dan seolah menghidu bahagian leher Shaheizy selepas selesai memberi salam.

BACA: Syatilla Seram Tengok Betis Besar Safawi, Risau Jika Adik ‘Gaduh’ Dengan Suami

“Yang makmummmm tu punnnnn. Dia punyaa bauu tuu bedesuppp sampai dalam hatii,” tulis Syatilla.

Difahamkan, video tersebut adalah untuk mempromosikan produk wangian yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, video tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen susulan tindakan pasangan itu menggunakan solat sebagai konten serta mendakwa seperti mempermainkan agama.

Tidak kurang juga, ada yang mempersoalkan adakah tidak ada idea lebih baik untuk menghasilkan konten. Mungkin sedar video tersebut mengundang kecaman ramai, Syatilla dilihat menutup ruangan komen perkongsian tersebut.