fbpx

“Terima Sumbangan Lebih RM100k, Puteri Balqis Bakal Bersekolah”

Baru-baru ini industri hiburan tanah air dikejutkan dengan kemunculan pelakon cilik, Puteri Balqis dalam program Bersamamu. Ternyata ianya sangat mengejutkan orang ramai yang melihat perubahan hidup besar kanak-kanak berusia 13 tahun itu.

Banyak pihak tampil menghulurkan bantuan termasuk beberapa selebriti yang turut meminta pihak produksi memberi ruang kepada Balqis untuk beraksi semula di dalam industri seni.

BACA: A.Aida Terkejut Puteri Balqis Tarik Diri Saat Akhir

Tidak ketinggalan pihak Finas berhasrat mahu memberikan bantuan bagi meringankan beban digalas Balqis dan ibunya. Menurut pengerusinya, Datuk Hans Isaac berkata sudah ada beberapa projek telah dirancang bersama Balqis.

Memetik laporan NST, Hans berkata menurut sumber daripada Media Prima, difahamkan sumbangan yang diterima sehingga kini berjumlah lebih RM100,000, malah kesemua buku puisi Balqis juga sudah habis dijual.

Sumber juga memberitahu dengan wang tersebut ibu Balqis berhasrat mahu menghantar anaknya ke kelas Bahasa Inggeris dan sekolah awam berdekatan.

Hans berkata lagi, pihak Pusat Zakat Selangor turut menawarkan peluang kepada Balqis untuk memberi ceramah motivasi kepada anak-anak muda.