fbpx

A.Aida Terkejut Puteri Balqis Tarik Diri Saat Akhir

Kesempitan hidup yang ditanggung Puteri Balqis mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia. Malah, banyak pihak tampil menghulurkan bantuan termasuklah Datuk A.Aida menawarkan pelakon itu membintangi telefilem di bawah terbitan produksinya.

Bagaimanapun, Harian Metro melaporkan Puteri Balqis menarik diri pada saat akhir daripada terbabit dalam telefilem Tiada Galang Ganti itu. Perkara itu dimaklumkan ibunya, Norashikin Mohd Aziz kepada Pengurus Produksi syarikat itu pagi pagi tadi.

BACA: “Saya Diuji Kesusahan, Nabila Huda Diuji Dengan Kemewahan”

Sementara itu, A.Aida berkata dia mengakui terkejut dengan keputusan itu kerana pihaknya akan memulakan penggambaran esok. Katanya lagi, pihaknya sudah menghubungi semula Balqis untuk mengetahui sebab menarik diri namun tidak dibalas.

“Ikut jadual esok mereka akan menjalani penggambaran telefilem ini. Tak sangka pula dia tarik diri saat akhir

“Saya pun tidak tahu masalah sebenar mereka. Namun, inilah cabaran yang diterima syarikat produksi apabila ada pelakon tarik diri di saat-saat akhir dan kita terpaksa mencari pengganti pula,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Aida berkata dia tidak marah mahupun berdendam di atas tindakan ibu Puteri Balqis kerana tawaran diberikan atas dasar ingin membantu. Tambahnya, pasti ada sebab tersendiri mengapa Balqis menarik diri.

Saya okay dan tak jadi isu besar pun. Apa yang pasti, saya sudah cuba bantu mana yang terbaik. Apabila dia sendiri tarik diri pada saat akhir, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Saya tidak mahu masuk campur,” katanya.