fbpx

Terima Sambutan Luar Biasa, Cinta Elysa Ke Layar Perak Tidak Lama Lagi?

Memang kerja kami kalau mahu ajukan soalan gaya orang pemalas sebegini. Seronok mencipta hype.

ADS: Menangi barangan eksklusif filem Jack & Jill. Hanya komen dan menang. Buka 29 Disember 2011.

Apa sekarang sememangnya satu trend untuk menampilkan satu satu jenama itu dalam pelbagai format — drama, novel, filem.

Selepas beberapa kejayaan karya novel menjadi hits apabila di’angkat ke filem nampaknya ada pihak mahu mencuba nasib buat kesekian kali mengangkat drama bersiri menjadi filem penuh.

Cinta Elysa gandingan berkesan Fasha Sandha & Johan Asari yang berjaya mencatat purata jumlah penonton lebih 3.5 juta orang setiap minggu khabarnya sudah di’suntik idea untuk edisi filem.

Pengarah drama bersiri Cinta Elysa, Along Kamaludin semalam menulis melalui Twitter rasmi beliau bertanyakan pendapat jika drama tersebut di’filemkan.

[poll no=”29″]