fbpx

Terima Kenyataan Ashraf Sinclair Sudah Tiada, BCL Lebih Kuat

Setahun pemergian suami tercinta iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair, penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari akui masih belajar untuk menerima kenyataan insan terayang tiada lagi disisinya.

BCL berkata dia kini sedang berusaha untuk menjadi lebih kuat selepas pemergian arwah. Ujarnya, tidak mengapa untuk menangis asalkan bangkit berdiri semula.

BACA: BCL Tabur Kelopak Mawar Di Pusara Ashraf Sinclair Sempena Ulang Tahun Perkahwinan

“Dia sudah tiada untuk jaga saya, jadi kini saya kena jaga diri sendiri. Itu menyebabkan saya perlu kuat dan harus menjadi kuat.

“Saya tak boleh kata saya sudah kuat, cuma sekurang-kurangnya kita cuba, kalau jatuh, kita terus bangun. Tak mengapa, nangislah macam orang gila sekalipun, selepas itu kita berdiri semula,” katanya.

Menerusi program temubual itu, BCL sempat berkongsikan perancangan mengenai karier muziknya dia akan meneruskan rancangan untuk membuat label sendiri.

“Perancangan sebelum ini dengan Ashraf dia bantu saya untuk buat label sendiri, tapi dia pergi dahulu, jadi kita teruskan sahaja perancangan itu.

“Saya akan teruskan karier nyanyian, kalau boleh mahu terus berkembang, ada konsert lagi, buat album penuh, muzik, filem atau apa sahaja karya hebat lain,” katanya.