fbpx

Pemergian suami tercinta pada Februari lalu pastinya memberi kesan mendapat buat penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari apatah lagi arwah suaminya meninggal dunia akibat serangan jantung secara mengejut.

Sejak pemergiaan Allahyarham Ashraf Sinclair, Bunga sudah jarang memuat naik aktiviti atau foto terkininya. Namun sempena ulang tahun perkahwinan yang ke 11, Bunga memuat naik fotonya menziarahi pusara arwah suaminya.

BACA: Ucapan Hari Jadi BCL Buat Arwah Suami Undang Sebak

Menerusi foto dimuat naik memaparkan Bunga menziarahi pusara Ashraf dan memenuhinya dengan kelopak mawar. Bunga turut menyertakan kapsyen selamat ulang tahun perkahwinan buat suami tercinta.

Diruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa sayu melihat foto tersebut kerana tahun ini pasti berbeza buat Bunga. Netizen turut mengucapkan selamat ulang tahun dan sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.

BCL mendirikan rumah tangga dengan Ashraf pada 2008 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Noah Aidan Sinclair kini berusia 10 tahun.