fbpx

“Terima Kasih Jadi Teman Saya Yang Baik” – Erra Fazira

Semalam Erra Fazira telah menyambut ulangtahun kelahiran teman tapi mesranya, Shahir bersama anak gadisnya dan teman-teman rapat. Menerusi perkongsian di Instagram, Erra memberikan ucapan istimewa buat Shahir.

BACA: Erra Fazira Pernah Alami Depresi, Kurung Diri Seminggu

“Happy birthday chor!!! Moga panjang usia dan diberi kesihatan yang baik. Dengan penambahan usia moga bertambah lah kematangan mu, ku doakan dikau kurus size S dan sado macam yang di impikan!! Go Go Go chor!! U can do it!!”

“Terima kasih kerana menjadi teman yang prihatin dan baik buat ku serta seluruh teman-teman. Berjaya dan bahagia zahir, batin, dunia dan akhirat hendaknya, amin,” tulisnya di Instagram.

Dalam perkongsian itu, Erra turut memuat naik beberapa lagi gambar di sekitar sambutan hari jadi ke 30 Shahir semalam. Nampak bahagia sekali pasangan itu bersama walaupun sering menidakkan hubungan cinta mereka.

Sehingga kini desas-desus hubungan mereka masih juga belum diketahui. Terdahulu Shahir ada memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Erra namun masih mencari tarikh sesuai. (rtky/w)