fbpx

“Terima Kasih 4 Kali Hampir ‘Mati’ Melahirkan Anak Kita”

Sebut saja nama Ustaz Ebit Lew, ramai yang mengagumi pendakwah terkenal itu. Bukan sahaja seorang yang murah hati, namun sentiasa menghargai isteri. Baru-baru ini, Ustaz Ebit membuat kejutan sempena hari lahir isterinya.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram itu, Ustaz Ebit dilihat menghadiahkan isterinya sejambak bunga beserta belon dan sebiji kek. Namun apa yang paling menjadi perhatian adalah ucapan istimewa Ustaz Ebit khas buat isterinya.

BACA: Ustaz Ebit Lew Hadiahkan Audi R8 Buat Isteri?

Ustaz Ebit meluahkan rasa bahagia dan syukur kerana ditemukan dengan isterinya yang sangat memahami sejak dari awal perkahwinan dan sentiasa bersama dengannya di waktu senang dan susah.

https://www.instagram.com/p/CBgIrhJlAfE/?utm_source=ig_embed

Ustaz Ebit turut menzahirkan ucapan terima kasih buat isterinya yang bertarung sanggup nyawa untuk melahirkan empat cahaya mata mereka dan tidak pernah membebankan dirinya serta  sentiasa melakukan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

Diruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat hari lahir buat isterinya serta mendoakan agar keluarga ustaz terus sihat sejahtera dan dikurniakan kehidupan yang dipermudahkan dunia dan akhirat.