fbpx

Terima Banyak Ugutan, Caprice Umum Posting Terakhir

Sejak beberapa minggu lalu nama penyanyi rap, Caprice menjadi bualan ramai di media sosial lebih-lebih lagi mengenai isu misi kemanusiaan di Gaza.

Bagaimanapun, perkongsian terbaru Caprice seolah dihimpit masalah serius apabila memaklumkan menerima banyak ugutan sehingga ahli organisasi gelap muncul di hotel tempatnya.

BACA:  Caprice Susun Strategi, Tak Mahu Ulang Kesilapan Ikut Emosi

“Misi kita ni makin lama jadi terlalu dalam, sampai kita terima banyak ugutan..sampai seorang ahli organisasi gelap tiba-tiba muncul dekat hotel Caprice.

“Sampai IG Caprice akan kena delete..tapi kita tetap akan teruskan. Caprice doa hari-hari untuk tunjuk jalan dan kurangkan beban ini,” tulisnya.

Menerusi entri itu, Caprice turut memohon maaf jika apa yang berlaku mengguris hati mana-mana pihak dan memaklumkan itu mungkin posting terakhir sebelum berehat panjang dari Instagram.

“Caprice minta maaf kepada rakyat Malaysia siapa yang terasa dengan apa berlaku. Bila kita sudah sampai sini, Caprice nak bantu rakyat palestine, dan cuba cari jalan untuk visi AlAqsa 2040. Tiba-tiba kita terlibat dengan objektif luar dari misi asal Caprice.

“Tapi demi rakyat Palestin, kita sanggup bersuara dan lawan organisasi yang menguna isu Palestin untuk cuci duit.

“Saya akan teruskan misi ini dan berusaha untuk selesaikan banyak mungkin sebelum kembali kepada keluarga, pekerja, rakan-rakan dan orang yang saya rindukan. Ini mungkin posting terakhir for a long tima,” katanya.