fbpx

Caprice Susun Strategi, Tak Mahu Ulang Kesilapan Ikut Emosi

Sudah hampir 40 hari mengikuti misi kemanusiaan di Gaza, penyanyi rap, Caprice berkongsikan perkembangan terbaru di Instagram.

Menurut Caprice, perjuangan yang laungkannya selama ini seolah memakan diri selepas terdedah dengan pelbagai maklumat penting, namun dia terpaksa berdiam diri.

BACA: Misi Belum Selesai, Caprice Nak Ajar Rakyat Palestin Bisnes Online

“Waktu sukat untuk saya..yang betul-betul memakan diri kita apabila mempunyai semua maklumat, kebenaran dan bebanan atas bahu tapi terpaksa berdiam sementara.

“Satiap hari saya di sini, bertemu dengan beberapa orang penting yang mahu saya kongsikan kebenaran. Sebab ia bukan saja ebri kesan kepada Palestin tapi Malaysia juga,” katanya.

Dalam pada itu, Caprice berkata dia kini sedang menyusun strategi sebelum membuat sebarang pendedahan dan tidak mahu kesilapan sama berulang.

“Saya tidak mahu ulang kesilapan yang sama dalam keadaan emosi dan gila. Tapi waktu sekarang, saya perlu susun strategi betul-betul. Susun peluru, lain kali saya tembak ia menjadi logik. Ramai suruh saya buat kerja dengan cepat, buat video…tappi ia bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

Kata Caprice lagi dia tidak sangka misinya ke Gaza aakan menjadi lebih serius dan buat pertama kali dia menangis memohon kepada Allah agar dibuang bebanan yang ditanggung.

“Kita fikir pergi Cairo dan Gaza, bantu orang Palestin, buat sesuatu yang baik dan pulang. Saya percaya ini kali pertama saya sujud dan menangis memohon agar Allah membuang bebanan atas bahu saya tapi malangnya ia masih ada. Dalam hati saya, ini adalah bebanan yang perlu saya bawa dan tamatkan.

“Jujurnya, banyak pintu sudah buka di negara ini untuk saya dari Malaysia. Bagi saya, kita kena usaha lagi. Insya-Allah, kalau tiada pintu lagi, saya akan pulang,” katanya.