fbpx

Terima 30 Jambak Bunga, A Aida Bersyukur Masih Jadi Rebutan

Meskipun usianya kini mencecah 50 tahun, namun penerbit terkenal, Datuk A Aida masih lagi tampil cantik dan muda. Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran, Aida berkata dia menerima 30 jambak bunga daripada peminat.

Menurutnya lagi, meskipun hari kelahirannya sudah 22 hari berlalu, namun sehingga hari ini dia masih mendapat kiriman bunga. Bagaimanapun, dia turut merasa pelik kerana banyak bunga diterima tanpa nama pengirim.

BACA: A Aida Masak Untuk Petugas Barisan Hadapan

“Alhamdulillah, saya berterima kasih pada semua yang menghantar kek, hadiah dan bunga. Kali ini saya pelik sebab banyak bunga tanpa nama pengirim yang saya anggap pengirim misteri. Daripada 30 jambak bunga yang diterima, 16 tidak ada nama pengirim.

“80 peratus adalah bunga mawar. Selain itu ada bunga tulip dan daisy. Pening kepala juga fikir siapa pengirim. Sampai sekarang tak tahu siapa,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Aida tidak tidak menolak sekiranya bunga itu dikirim daripada lelaki misteri berbadan ‘sado’ yang ingin berkenalan dengannya dan meluahkan rasa syukur kerana masih mempunyai ramai peminat.

“Ramai yang tahu hati saya ini cepat cair kalau lelaki tu ‘sado’. Jadi, rasanya pengirim misteri itu mesti ‘sado’ semuanya. Alhamdulillah, masih menjadi rebutan. Sebab itu kena jaga badan dan penampilan. Biar kalah anak dara,” katanya.

Terdahulu, Aida mendedahkan tujuh lelaki datang mahu memikatnya selepas membuka tudung namun terpaksa menolaknya. Ujarnya, jika mahu memikatnya, lelaki itu haruslah berbadan sasa dan memiliki six pack.