fbpx

Tengok Meja Penuh Makanan, Anzalna Nasir Sebak Teringat Orang Susah

Melihatkan ramai yang terjejas susulan pandemik Covid-19, pelakon Anzalna Nasir sebak memikirkan mereka yang kesusahan di luar sana setiap kali melihat meja dipenuhi makanan.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Anzalna turut memuat naik paparan skrin kisah anak beranak mencari kotak di tempat sampah di waktu malam demi sesuap nasi.

BACA: Anzalna Nasir Sambut Hari Jadi Anak Bersama Anak Yatim Secara Online

Dalam pada itu, Anzalna turut menyeru kepada orang ramai yang mempunyai rezeki lebih untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Setiap kali tengok meja yang penuh dengan makanan mesti terfikir akan mereka yang kurang bernasib baik. Dalam keadaan sekarang, jangan lupa mereka yang memerlukan kita.

“Sekiranya ada rezeki lebih, jangan lupa hulurkan. Jangan fikir tentang kandungan untuk media sosial sahaja! Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita,” tulisnya.

Dalam satu perkongsian lain, Anzalna bersyukur Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menjejaskan kehidupannya apatah lagi dia sememangnya suka duduk di rumah.