fbpx

Anzalna Nasir Sambut Hari Jadi Anak Bersama Anak Yatim Secara Online

Umum mengetahui, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) segala majlis keramaian tidak dibenarkan, tetapi ia tidak memghalang Anzalna Nasir meraikan ulang tahun anaknya yang kedua bersama anak-anak yatim.

Namun, Anzalna dan keluarga hanya meraikan hari jadi Mohammad Eidrees bersama anak-anak yatim di Rumah Yatim Nur Qaseh melalui panggilan video sahaja.

BACA: Baru Usia 2 Tahun, Netizen Kagum Anak Anzalna Nasir Pandai Bahasa Perancis

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanif Zaki (@hanif_zaki)

Difahamkan, Anzalna dan suami sempat menghantar juadah, kek dan dekorasi menarik di rumah jagaan tersebut untuk dinikmati oleh kanak-kanak disitu.

Meskipun menyambut dengan hanya membuat panggilan video di rumah anak-anak yatim tersebut, sambutan hari lahir anak pertama pelakon itu tetap meriah.

Perkongsian Anzalna itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan Anzalna dan suami untuk meraikan bersama anak-anak yatim. Malah, rata-rata pengikutnya mengucapkan selamat hari lahir serta mendoakan Eidrees membesar dengan sihat serta menjadi anak yang soleh.