Pasti ramai yang tahu drama Cari Aku Di Syurga kini sedang hangat ditayangkan di kaca televisyen. Mesti ramai yang geram dengan watak Lisa lakonan Janna Nick sering memarahi suaminya, Anas yang dilakonkan oleh Aeril Zafrel.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Riak muka Aeril Zafrel dalam satu babak drama tersebut turut memberi kesan kepada Wawa Zainal. Wawa berkata dia mengakui pernah melalui fasa tersebut namun bersyukur suaminya sentiasa bersikap tenang dan banyak bersabar dengan perangainya.
BACA: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Bakal Timang Anak Ketiga
https://www.instagram.com/p/BxzlQklhQ42/?utm_source=ig_embed
“Saya menangis tengok muka kesian Anas (Aeril) macam ni. Sebab masa awal perkahwinan dulu saya harimau juga suka marah-marah dia. Biasa la tu masa tu budak-budak, tak matang. Tapi tak ada la teruk macam cik Lisa tu.
“Tapi Aeril tenang macam tu la reaksi dia sama macam dalam TV. Sabar je dengan perangai isteri dia,” tulisnya di Instagram.
Menurut Wawa, dia bernasib baik menyedari tentang perangainya itu dan berubah menjadi isteri yang lebih baik. Katanya lagi, masih wujud lelaki yang baik dan tidak pernah melukai hati isterinya.
“Nasib baik la saya insaf cepat. Jadi isteri yang baik dah. Korang tanya ada ke lelaki sebaik Anas? Yang tak melukai hati isterinya? Ada je. Kalau ada tu hargailah. Jangan sesekali sia-siakannya,” tulisnya lagi.
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Attar dan Hayla. Wawa kini sedang hamil anak ketiga dan usia kandungan sudah memasuki dua bulan.