fbpx

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai Pengacara Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) iaitu Nabil Ahmad yang menjadi kecaman ramai gara-gara didakwa memerli Azwan Ali yang kini kembali dalam dunia pengacaraan.

Ramai yang mengkritik Nabil tidak membuat kerja dengan baik. Namun, menerusi entri di Instagram, Nabil memuat naik komen netizen mengatakan jika dia tidak membuat kerja pasti tidak mengacarakan program itu sehingga musim 7.

BACA: Nabil Ahmad Sindir Azwan Ali Kembali Mengacara?

Menerusi entri tersebut, Nabil mengatakan sokongan dan kecaman daripada netizen telah membuatkan program Gegar Vaganza yang dikendalikan olehnya bersama Jihan Muse, berjaya sehingga kini. Ujarnya, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA akan muncul di program MeleTOP malam ini.

Bagaimanapun, perkongsian Nabil itu mengundang kecaman netizen yang mengatakan pengacara itu seolah cuba menegakkan benang yang basah. Kata netizen, selepas ini boleh menukar pengacara lain yang lebih profesional.

Netizen berkata mereka menonton Gegar Vaganza kerana mahu melihat penyanyi lama yang membuat kemunculan kembali dan terpaksa melihat pengacara yang asyik memburukkan dan mengutuk orang sahaja.

Terdahulu, tindakan Nabil mengeluarkan ayat berkaitan ‘selfie stick’ yang sememangnya sinonim dengan Azwan Ali disifatkan biadap dan kurang ajar oleh netizen. Ayat Nabil berbunyi, “Not my level, shut up! Orang selalu pegang ‘selfie stick’ tiba-tiba pegang mikrofon, jadi macam itulah,” katanya.