fbpx

Tengku Kamiliah Zanariah Josephine, Nama Anak Juliana Evans

Tahniah diucapkan kepada Juliana Evans dan suami, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj yang baru sahaja menimang cahaya mata sulung mereka pada Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian terbaru, Juliana berkongsikan wajah anak sulungnya, yang diberi nama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah.

BACA: Juliana Evans Selamat Bersalin, Syukur Bergelar Ibu

Sebelum ini, abang ipar Juliana iaitu Tengku Salehuddin ada berkongsikan nama bayi tersebut di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Juliana turut memuat naik status di Insta Story mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan proses kelahiran anak pertamanya itu dipermudahkan.

Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017. Tahniah sekali lagi kepada pasangan ini diatas kelahiran cahaya mata sulung mereka. Semoga kehadiran bayi comel ini akan menyerikan lagi rumah tangga pasangan ini.