fbpx

Juliana Evans Selamat Bersalin, Syukur Bergelar Ibu

Tahniah diucapkan kepada Juliana Evans dan suami, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj yang baru sahaja menimang cahaya mata sulungnya. Berita itu dikongsikan Juliana menerusi Instostory miliknya.

BACA: Gambar Sekitar Sambutan Baby Shower Juliana Evans

Menerusi Instastory, Juliana memuat naik gambar memaparkan beliau berehat diatas katil sambil memandang gembira bayinya yang sedang nyenyak tidur. Selain itu, Juliana meluahkan rasa syukur dapat bergelar ibu.

Bagaimanapun ketika ini Juliana masih belum mendedahkan wajah penuh anaknya itu, malah jantina dan juga nama penuh cahaya mata pertama pasangan ini juga masih belum diberitahu oleh mereka.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan ini diatas kelahiran cahaya mata sulung mereka. Semoga dengan kehadiran bayi comel ini akan menambahkan lagi kebahagiaan rumah tangga pasangan ini. (rtky/w)