fbpx

Tengah Chatting Dengan Elya Ke Tu?

Hari ini mesti ramai yang tengah berchatting dengan Elya kan? Elya ni dah mula femes bermula harini disebabkan ramai dah mula memohon i-Sinar.

Haa…pada anda yang blur-blur tak tahu siapa Elya ni, meh sikit teman nak kabo. Elya tu Chatbot KWSP. Dia juga Penasihat Online KWSP yang mana akan memberi nasihat kepada anda yang serba salah nak keluar atau tak simpanan anda tu.

Bukan itu jer, Elya juga akan memberikan anggaran berganda jika tidak mengeluarkan simpanan sehingga umur 55 tahun tau!

Dana Masa Depan

Kita bukan nak sembang bab Elya ni sebenarnya. Kami nak anda ambil tahu sikit berkenaan dengan duit simpanan KWSP ini.

Ye lah macam yang dicakapkan sebelum ni, KWSP adalah dana persaraan untuk masa depan anda. Tapi bila dah ramai berpusu-pusu nak ambil dan keluarkan duit simpanan tu nanti, mesti dah ‘kering’ duit anda itu. Dah tak ada untuk masa hadapan nanti.

Cuba anda bayangkan kalau tak ada KWSP ni, boleh ke anda menyimpan? Nak simpan sendiri? Erm rasanya duit tu dah ‘tinggal kenangan’ dah. Haha…Ye dok?

Tua-tua Pun Perlu Kerja, Sanggup Ke?

“Eh, itu kan duit kami. Biarlah kami nak ambil pun!” Betul duit KWSP ni adalah duit anda, tapi ini duit anda ini untuk masa tua nanti. Okay kalau anda tengok contoh di negara Jepun atau Singapura. Warga emas masih lagi kena kerja tau untuk tampung kehidupan. Sadis kan?

Masa tu badan pun dah tak kuat dah nak bekerja. Kesian sangat. Hari tua nanti, kalau tak ada simpanan KWSP ni maunya anda kena bekerja lagi dan lagi. Dah tua nanti nak kerja pun susah, dah sakit-sakit badan, faktor umur susah orang nak ambil bekerja. Leceh jadinya nanti.

Bila dah berumur nanti, masa anda hanya dengan anak-anak dan cucu-cucu jer. Nak kerja ni dah tak relevan lagi dah. Badan pun perlukan rehat juga.

Betul, kalau kita sekarang dah sengsara terutamanya disebabkan pandemik COVID-19 ini, anda boleh jer keluarkan KWSP anda namun sebaik-baiknya, anda make sure dulu semua bantuan kerajaan yang ada tu telah dimanfaatkan sepenuhnya.

Antara bantuan yang ada adalah Bantuan Khas NADMA, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Awal Persekolahan (BAP) serta banyak lagi bantuan yang anda boleh mohon!

Bukan itu jer, kerajaan pun ada juga sediakan pelbagai kemudahan untuk anda seperti Baucar RM50 diberikan kepada golongan B40 melalui Program Baucar Perlindungan Tenang serta kenaikan kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKU serta pesakit kronik terlantar.

Walau bagaimanapun, kalau anda memang tengah susah, bolehlah keluarkan untuk menampung kehidupan anda. Memang ramai yang terkesan sekarang ini. Harapnya i-Sinar dapatlah membantu anda.

Fikir Masak-masak


Jadi sebelum anda nak buat keputusan untuk keluarkan duit KWSP, anda fikir panjang dahulu. Kalau rasa sekarang ni masih mampu untuk tampung kehidupan, biarkan saja duit simpanan anda itu. Tapi kalau anda rasa anda perlukan sangat membuat pengeluaran dikala wabak pandemik ini ‘menyerang’ kita, gunakan sebaiknya okay.

Mungkin boleh gunakan sebagai modal berbisnes. Jangan tiba-tiba pula keluarkan duit KWSP semata-mata nak gayakan dengan kereta baharu. Ye lah tiba-tiba pula duit KWSP tu dijadikan downpayment nak beli kereta baharu. Uish sangat tak patut tau. Nak tunjuk ke jiran-jiran ke tu?

Melainkan…anda ada idea yang lebih bernas untuk nak gunakan duit KWSP anda itu untuk benda yang lebih berfaedah. Haa..contohnya, kalaulah anda salah seorang yang diberhentikan kerja sebabkan syarikat lama anda tu nak kecilkan operasi, anda boleh buat Grab Food.

Bolehlah gunakan pengeluaran duit KWSP itu untuk beli motosikal baharu untuk cari sumber pendapatan baru kan? Bukannya beli motor atau kereta baharu semata-mata nak menunjuk jer…nope!

Atau boleh dijadikan sebagai dana kecemasan. Kita tak tahu lagi bile pandemik ini akan berakhir so dana kecemasan ini boleh digunakan untuk keadaan dan situasi kecemasan yang diluar jangka. Jadi, kita mampu bersedia untuk menghadapi “worst case scenario”.

Apa-apapun semuanya di tangan anda. Fikir sehabis baik okay. Yang paling penting, jangan terburu-buru untuk buat keputusan!