fbpx

“Tengah Baru Semuanya Manis, Tunggulah Nanti Bila Dah Lama…”

Meskipun perkahwinan Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar sudah menjangkau tiga bulan, namun kisah mereka masih menjadi bualan netizen. Malah, ada yang menjadikan pasangan itu sebagai ‘couple goals’.

Tidak lekok berkongsikan momen mereka di media sosial, baru-baru ini Mira ada memuat naik fotonya bersama suami ketika berada di dalam kereta. Rata-rata netizen memuji pasangan tersebut yang dilihat sentiasa manis dan romantis.

BACA: Panggil Suami ‘Bubu’, Netizen Ingat Mira Filzah Panggil Kucing

Seperti sudah dijangka perkongsian Mira itu turut menimbulkan rasa kurang senang neitzen yang tidak begitu gemar mereka berkongsi kebahagiaan di media sosial secara terang-terangan serta sudah muak asyik melihat perkongsian tentang mereka.

Namun, komen seorang individu ini menjadi perhatian ramai kerana melemparkan kata-kata yang kurang sopan serta mendoakan pasangan itu dengan perkara yang kurang baik.

Kata netizen tersebut, di awal perkahwinan semuanya nampak indah sahaja, lihat sahaja selepas beberapa tahun nanti pasti akan ada hal yang timbul dan ketika itu mulalah akan sorok dan menafikan itu ini tentang rumah tangga.

Komen netizen tersebut mengundang kecaman netizen yang tampil mempertahankan Mira Filzah serta meminta individu berkenaan menyucikan hati.

Kata netizen lagi, kita sepatutnya doakan yang baik-baik untuk pasangan tersebut dan tidak perlu dengki dengan kebahagiaan orang lain.