fbpx

Anak-Anak Ebit Lew Menangis Tengok Video Dakwah Bapa

Meskipun sumbangannya sebelum ini dipertikaikan segelintir pihak, namun ia tidak mematahkan semangat pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew untuk terus berbakti menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.

Anak-anak adalah cerminan ibu bapa dan apa yang mereka lakukan pasti akan ikutan anak. Baru-baru ini, menerusi satu perkongsian, Ustaz Ebit meluahkan rasa terharu apabila video dakwah dan kerja kebajikannya selama ini ditonton oleh anak-akank.

BACA: Sumbangan Dipertikai, Ustaz Ebit Lew Dedah Sumber Pendapatan

View this post on Instagram

Anak saya yang kecil tak duduk diam. Jika waktu baca Hadis Nabi saw, saya suruh dia rakam. Baru dia seronok ada kerja. Bila penat, disinilah saya berehat. Baca Al-Quran dan Hadis bersama bidadari dan anak-anak. Peluk dan cium bidadari dan anak-anak jadi ubat. Semua kepenatan hilang. Bersama keluarga rasa sakinah tenang jer rasa. Terima kaseh Allah. . Sayu bila balik jauh. Anak tengah tengok youtube tentang dakwah saya sepanjang pkp. Anak menangis. Yang kecil menangis sambil lap air mata. Kenapa menangis. Kasihan dia ayah. Dekat rumah dia ada ular. Susahnya dia ayah. Kita berdosa yer ayah kalau ada orang susah kita tak tolong. Nanti Allah tanya di akhirat yer? Yer anakku kita akan ditanya kita tidur lena ada orang lapar atau tiada tempat tidur. Terima kaseh ayah. Dia tengok ayahnya bantu keluarga susah. Berbincang tentang makcik atas kerusi roda. Diaorang tanya ayah nak jadi polis ke doktor. Dengar mana anakku. Ayah cakap dalam video nak jadi polis. Ada cakap nak jadi doktor. Dua-dua ayah pernah fikir dulu. . Dua-dua tak dapat. Hebat kerja mereka. Ayah dapat menyumbang sedikit pada mereka pun dah rasa berharga. Anak kecil tak nak berhenti menangis. Dah lah menangis. Sedihlah ayah. Nanti dah besar nak jadi macam ayah boleh. Jadi boss ke ayah? Bukan anakku. Jadi orang Islam yang ingin belajar akhlak Nabi saw. Bawa kebaikan pada semua manusia sebelum mati. Cuma nak Allah sayang Gembira sebab biasa tengok youtube kartun. Sekali sekal mereka sekarang mesti tengok youtube kisah tolong orang sebarkan kasih sayang-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Ustaz Ebit berkata anak-anaknya menangis melihat video dakwahnya kerana kasihan melihat keluarga yang dibantunya hidup susah. Lebih sebak apabila anaknya berterima kasih kepada Ustaz Ebit kerana membantu keluarga-keluarga tersebut.

“Kasihan dia ayah. Dekat rumah dia ada ular. Susahnya dia ayah. Kita berdosa yer ayah kalau ada orang susah kita tak tolong. Nanti Allah tanya di akhirat yer? Yer anakku kita akan ditanya kita tidur lena ada orang lapar atau tiada tempat tidur. Terima kasih ayah.” tulisnya.

Malah, anak-anak Ustaz Ebit juga berhasrat untuk mengikut jejak langkah bapanya mahu membantu insan susah apabila dewasa kelak.

Pada masa sama, Ebit turut berharap anak-anaknya mencontohi akhlak Nabi Muhammad dan membawa kebaikan kepada orang ramai.

“Nanti dah besar nak jadi macam ayah boleh. Jadi boss ke ayah? Bukan anakku. Jadi orang Islam yang ingin belajar akhlak Nabi saw. Bawa kebaikan pada semua manusia sebelum mati. Cuma nak Allah sayang,” tulis Ebit lagi.