fbpx

Tempah Bilik Hotel Bersama AirAsiaGo Dan Terima Tiket Penerbangan Percuma

Ya, apa yang anda baca dalam tajuk di atas adalah benar belaka dan bukan terbalik. Anda kini boleh menempah bilik hotel untuk alami percutian impian anda & AirAsiaGo akan berikan tiket penerbangan percuma.

AirAsiaGo menjalankan promosi ini bermula pada 11 Jun hingga 16 Jun 2013 untuk tempoh percutian antara 1 sehingga 31 Julai 2013 — anda tidak mempunyai banyak hari lagi untuk rebut peluang ini, cepat!

Anda hanya perlu pergi ke laman utama AirAsiaGo dan mereka akan paparkan beberapa lokasi percutian menarik untuk anda pilih seperti Pulau Langkawi, Jakarta, Bandung, Shenzhen dan Pulau Pinang.

Screen Shot 2013-06-11 at 11.35.45 PM

Pilih destinasi anda dan seterusnya pilih tarikh pilihan anda untuk pergi bercuti dan berapa orang yang ingin anda bawa bersama — AirAsiaGo akan mencari pakej terbaik untuk anda.

Sebagai contoh, kami memilih untuk ke destinasi Pulau Langkawi dan terbang pada 11 Julai dan pulang pada 14 Julai 2013 — lihat penerbangan kami di’tanggung PERCUMA dan hanya perlu memilih hotel penginapan.

Screen Shot 2013-06-11 at 11.37.56 PM

Mudah bukan? Lawati AirAsiaGo sebelum atau pada 16 Julai 2013 untuk menikmati tawaran yang bukan selalu datang ini. Percutian idaman anda lebih murah & berbaloi untuk dinikmati.