fbpx

Teman Wanita Psiko Ugut Simbah Asid Ke Muka Elizabeth Tan

Kalau dah bergelar selebriti sudah pasti mempunyai ramai peminat. Namun, Elizabeth Tan berdepan situasi menakutkan apabila diugut oleh seorang wanita gara-gara cemburu dengan perbuatan teman lelakinya yang sering meninggalkan komen di Instagram penyanyi itu.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Menerusi Instagram, Lizzy memberitahu wanita berkenaan turut mendesakknya agar menyekat akaun teman lelakinya dan jika permintannya itu tidak dipenuhi wajahnya akan disimbah dengan asid.

BACA: Elizabeth Tan ‘Lemah’ Dengan Lelaki Handal Main Bola Sepak

https://www.instagram.com/p/B1lnkXnAJ5e/?utm_source=ig_embed

“Ada seorang peminat selalu komen di Intagram itu normal. Masalahnya teman wanita dia psiko. Dia mesej peribadi dan cakap you ada skandal dengan boyfriend I ke? Tolong block boyfriend I, jadi I pun sekat akaun lelaki itu

“Lepas itu dia tanya lagi, kalau dah block kenapa boyfriend dia masih boleh komen dekat Intagram Lizzy? What? Tak masuk akal!

“Tu tak apa lagi, dia cakap dekat pengurus I lagi, tolong minta bos you iaitu saya untuk sekat kekasihnya. Kalau tak, dia akan simbah asid ke muka Lizzy,” katanya.

Menurut Lizzy, bimbang akan keselamatannya selepas menerima ugutan tersebut, dia akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

Perkongsian Lizzy itu ternyata mengejutkan peminatnya dan juga netizen kerana tidak menyangka wanita berkenaan sanggup membuat ugutan sedemikian. Malah ramai yang meminta Lizzy supaya lebih berhati-hati ketika berada di luar rumah.