Mempunyai rupa paras menawan dan orangnya tinggi lampai, pasti ramai lelaki diluar sana tertanya-tanya ciri-ciri lelaki idaman penyanyi Elizabeth Tan. Sebelum ini, Elizabeth pernah memberitahu dia meminati lelaki yang kelakar dan penyayang.

Baru-baru ini, nama Elizabeth menjadi bualan ramai gara-gara satu pengakuannya di laman media sosial Twitter. Lebih mesra disapa dengan nama Lizzy, penyanyi itu mendedahkan dia tertarik dengan lelaki yang hebat bermain bola sepak.


BACA: Elizabeth Tan Teruja Berhijab, Peminat Pula Bergaduh

Status Twitternya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Malah ramai jejaka mengaku bahawa mereka sangat mahir bermain bola sepak. Tidak kurang juga ada yang memuat naik gambar dan video skil mereka bermain bola.



Siapa yang handal main bola sepak tu boleh la cuba nasib. Terdahulu, Lizzy pernah menjalin hubungan cinta dengan jejaka Melayu namun hubungan mereka tidak bertahan lama.