“Teman Mula Menjauh Apabila Kami Semakin Jatuh”
Selepas dikhabarkan menghidap penyakit kronik, Puteri Balqis terus menyepi daripada dunia hiburan tanah air. Siapa sangka pelakon cilik berbakat besar yang pernah meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia ke-19 kini berdepan dengan kesempitan hidup.
Lebih pilu, pelakon ini terpaksa mengikat perut dan tidak menjamah makanan selama beberapa hari kerana masalah kewangan. Namun Balqis tidak suka meminta-minta dan tetap berusaha mencari pendapatan sendiri dengan menulis buku puisi di jalanan.
BACA: “Untung 100% Beri Puteri Balqis, Tak Ambil Kos Pengeluaran Buku”
Kini menetap di Setia Alam, Puteri Balqis dan ibunya akan berulang alik menaiki pengangkutan awam ke ibu kota untuk untuk menjual buku puisi karyanya. Menerusi temu bual Bersamamu, Balqis berkata adakalanya mereka tidur di jalanan kerana terlalu penat.
“Lama menaiki komuter, perjalanan kami mengambil masa selama sejam. Kadang kala kami tertidur akibat kepenatan. Apabila sampai di Kuala Lumpur, kami berjalan sekitar Pasar Seni, Masjid Jamek, Pudu, Jalan Petaling dan Bukit Bintang.
“Kami menegur orang merata-rata bertanyakan sama ada mahu membeli buku puisi. Tidak semua membeli, ada yang menolaknya. Ada masa, saya hampa apabila tiada jualan. Tetapi tidak mengapa, ujian itu indah,” katanya.
Menurut Balqis, kali terkahir dia berlakon adalah pada awal tahun 2018 dan jiwanya kini lebih kepada menulis puisi.
“Saya lebih suka menulis puisi. Saya pemenang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia ke-19 tetapi jiwa saya lebih kepada menulis puisi.
“Harapan saya, apabila membaca buku puisi, orang faham perjalanan hidup saya. Saya bukannya mahu hidup mewah, tetapi saya ingin sentiasa bersama ibu. Saya lebih suka menulis buku puisi supaya boleh bersama ibu sepanjang masa,” katanya.
Dalam pada itu, Balqis berkata tiada pihak yang memberi sokongan kepadanya dan dia tidak mempunyai ramai teman-teman di kalangan selebriti.
“Tiada sesiapa yang beri sokongan kepada saya, lagi pun, saya kurang kawan dalam kalangan selebriti. Saya sentiasa berdua bersama ibu.
“Terima kasih kepada keluarga dan peminat yang masih setia dan bersama kami ketika suka dan duka. Namun, kebanyakan meninggalkan kami ketika semakin jatuh,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Klu ko bukn retis pn dik,org biasa2 pn hdap mcm ko jgak.this is life..hdap je la.bla tgh gah,kya,brduit,cntik sntiasa d klilingi kwn yg x brp nk kwan.Allah nk tnjuk pd kite sesuatu,mngkin kite llai dn alpa sblm ni.skurang2 nya awk msih ade ibu ,ckup la.my advise jgn skli2 lpa pd ibu.dia la kwn yg sbnr2 nya.
Persoalan…mgapa mak balqis xda kerja?sptt nya ank dia tu budak lg,msh tgjwab dia..bkn utk mghrapkn duit gj ank blakon..
Hahaa akak simpati dengan kau dik & mak nya.
Tapi 1 jam naik tren tukar dekat masjid jamek tu biasa. Akak pukul 6.15 pagi drive keluar rumah letak 2 anak rumah pengasuh. Kreta park dekat stesen batu 3. Turun di sentral, then naik lrt then tukar star di jamek. begitulah selama 9 tahun hampir tiap-tiap pagi. Petang balik kerja, rutin sama juga tukar lagi 3 kali tren, dalam 7.45 mlm sampai la rumah. Dalam tren akak layan blog fon macam sekarang la. Down juga, kalau boleh nak ofis sebelah rumah tapi semua kawan ofis pun macam tu laki prempuan, bos akak pun macam tu jugak. Yang ramai-ramai adik tengok di stesen tren tu pun, letih macam kita juga. Kisah hidup akak pun panjang boleh buat puisi 1 buku juga. Semua orang pun ada puisi hidup sendiri la. hidup memang macam ni dik. Sampaikan salam pada mak, tak best pula rasanya membebel dekat budak kecik macam ni. Cakap dekat mak, alah bisa tegal biasa.
Drama sgt weh, perjalanan 1jam terus bareng2 gitu. Org dah biasa hidup kat KL , this is nothing maa. Ni mesti keja org tv3 beri arahan. Dah tk nampak real! Nak raih simpati org bukan gini caranya.
Kalau mak dh x mampu sngt nk besarkan anak hrp jbtn kebajikan msykt ambil je Balqis tu dari jd pengemis jual buku puisi sdg umur baya2 ptt belajar di sekolah! Mana penguatkuasa?! Sila ambil tindakan pd ibubapa yg salah guna kanak2 utk dpt duit!
Tak patut budak ni ckp takder org yg beri sokongan ..berterima kasih lah kpd aunty yg tolong keluar modal print buku 38 poems. Nampak sikap budak ni tak baik. Ada juga artis yg bantu kan? Tak perlu sebut pun nama saper2.but don’t LIE!!
Kesian Balqis hidupnya sunyi hanya bertemankan ibu. Kalau Balqis bersekolah pasti ada kawan-kawan dan aktiviti-aktiviti yg boleh terlibat. Bab kena buli masa di tadika tu tak sepatutnya dijadikan alasan. Balqis nampak cerdik, semoga dapat terus sambung belajar untuk masa depan.
Kena buli masa tadika? skg ni semua skrip yang dibaca oleh puteri/akish/kami , aku tapis lapis. Cerita disjointed here n there. Hopefully, no more sob sob stories. Bantuan telah diberi. Pandai2 lah bawa diri.
Sbnrnya kes dia ni bkn kronik mana pun tp mak dia je degil nk cari duit cara dia. Bnyk lg kes2 kanak2 cacat dan kena penyakit lg teruk tp mak bpk diorg ikhtiar keje cari duit dan dptkan bantuan utk ringankan beban. Aku sendiri pernah kena tumor pd otak smpai efek pergerakan sblh bdn tp aku keje dan teruskan hidup mcm org lain. Kita ni x payah nk mengada2 bg alasan yg penting kita sanggup berusaha kita tidak! Jgn hanya tau salahkan org jek kalau kita sendiri suka bg negatif impression pd org lain terhadap diri kita!
Ramai dok mengata tentang mak Balkis ni. “Serabai, macam hisap dadah” dan sebagainya. Khususnya sebab dia tak make-up.
Tapi semakin lama aku tengok dia, rasa lawa jugak. Dok jadi BERKENAN jugak kat dia Heheh!
Camana nak contact ye. Aku ni seorang lelaki yang ada upaya, bertanggungjawab dan agak hensem jugak.