"Hubungan Saya Dengan Bakal Ibu Mertua Baik"
Sejak kebelakangan ini perpisahan seorang selebriti yang didakwa ‘anak emak’ hangat diperkatakan. Bakal berkahwin tidak lagi, Ruhainies mengakui kekasihnya juga merupakan ‘anak emak’ kerana keakraban hubungan mereka.
BACA: Ruhainies Dedah Ramai Wanita Hantar Mesej Pada Kekasih
“Alhamdulillah hubungan saya dengan bakal ibu mentua baik-baik saja dan tiada sebarang masalah. Tidak dinafikan kekasih seorang ‘anak emak’ dan saya okey saja. Saya tahu dia selalu keluar berdua dengan ibunya”
Bagi Ruhainies ‘anak emak’ ada kebaikan dan keburukan tersendiri. Namun jelasnya, beliau beruntung mempunyai bakal ibu mertua yang sangat penyayang serta kekasih yang mampu berikan kasih sayang dengan sama rata.
“Bagi saya lelaki yang rapat dengan ibu dia perlu tahu tanggungjawab dan peranan. Dia perlu tahu apabila sudah berkahwin nanti keutamaan turut diberikan kepada isteri. saya juga sering ingatkan dia untuk membawa ibunya berjalan jika kami sering menghabiskan masa bersama
“Ibunya tidak pernah menghalang Mr E sering pulang ke Malaysia untuk bertemu saya memandangkan dia mempunyai perniagaan di London. Kadangkala ibunya selalu mengajak saya keluar berjalan dan meluangkan masa,” katanya.
Bersempena bakal menyambut ulangtahun kelahiran ke 27 pada penghujung Julai ini, Ruhainies sempat mendedahkan sedikit nama kekasihnya Mr E Johan. Agak-agak ada ke yang mengenali jejaka kacak ini?. (rtky/w)
- SUMBER
- Harian Metro
Belum kahwin boleh la cakap bunga-bunga. Nanti bila dah kahwin jangan bising kalau suami lebih ikut cakap emak sampai rumahtangga porak-peranda.
semua org tahu belum kawin kentut pun sanggup cium…ketiak suami pun ada sanggup aum aum…tapi kan lepas anak 2-3…tengok muka suami main pubg 24jm rasa nak lempang dgn perut boroi, boyak, kain pelikat, bulu ketiak sejengkal..dah la laki melayu mmg terkenal suka buat bini mcm hamba abdi..
alahai dia ni….versi kak oks msi jugak.. nmpk sngat nk up diri tu ke level bangsawan ala lobster…. tapi hakikatnya ko hanyalah ikan tamban.
????
kak oks sape tu?
Oksana.. pompuan Russia cerai talak 3 yg hangat diperkatan tu la serambi mekah punya bakal permaisiru hahah…
Kak oks tu terlampau byk tengok lion king … Tu la dia ingat anak dia tu bakal king ….
Tak habis habis nak up diri …
Yg si ruhainese ni pulak ish …gila talak …
laaaaa pasal bf lagi ke….x de citer lain?
puji2 je semedang, tak juga dgr nk dipinang, kan kayo..x kan duit ada masalah kot..
belum kawin dik, boleh sembang hubungan baik. cuba kawin tengok, hang bangun tidur lambat dah jadi buruk. tak kemas rumah jadi buruk. tak rasa nak masak jadi buruk. cubaaa, cuba kahwin dulu baru sembang
Tak cantik dia ni, lakonan pun kaku..takde x factor mcm si Intan Najuwa tu haish pun tak tau la siapa scout pun mcm takde bakat lain..mcmna boleh jadi artis pun hairan
Sudah2 la dik..cuba up psl karier lebih skit…taula dpt kekasih ada rupa,ada nama,ada harta tp x perlu nk lebih2 adik sayang…just stay humble…lgpon blm kawen blh ckp mcm2…#sisdhmuak…next pleassseeeee
Hahahah.. Sblm kawin, bolehla cakap.. Sembang bg bimbang..
Publisiti murahan semua nih!