Sudah hampir dua tahun menjalin hubungan cinta, Ruhainies memberitahu dirinya belum bersedia untuk memperkenalkan kekasihnya. Jelasnya lagi, tindakannya itu bukan kerana bimbang kekasihnya dirampas tetapi mahu menjaga privasi.
Akui kekasihnya banyak terima mesej peribadi daripada ramai wanita, Rahinies memberitahu dia percayakan teman lelakinya itu. Malah, kekasihnya turut memberikan kata laluan akaun media sosial untuk diakses.
BACA: Kekasih Hadiahkan Ruhainies Jam Tangan RM17,000
“Saya percayakan dia. Jadi, tidak ada isu saya takut dia dirampas atau cemburu. Kalau nak tahu, sekarang pun ramai saja wanita yang menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram.
“Dia juga tunjukkan kepada saya satu persatu mesej mereka. Saya tak pernah minta pun, tapi dia secara sukarela yang berikan telefon bimbit untuk saya periksa. Malah, dia juga memberikan kata laluan Instagram miliknya untuk diakses.
“Mungkin orang akan fikir saya mengongkong, tapi dia yang benarkan saya berbuat sedemikian. Malah, kalau nak tahu, sepanjang perhubungan kami ini belum pernah bergaduh disebabkan perempuan,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Ruhainies juga mendedahkan ada beberapa artis wanita mengikuti kekasihnya di Instagram. Namun, Ruhainies beranggapan mereka mengikuti Instagram kekasihnya untuk mengetahui siapa gerangan lelaki tersebut.