fbpx

Tema Bollywood Mewah Pilihan Elfira Loy

Selamat melangsungkan majlis pernikahan semalam, masih ramai tidak boleh ‘move on’ dengan keindahan majlis Elfira Loy. Terbaru, Elfira berkongsi pula beberapa gambar di majlis berinai yang diadakan sehari sebelum hari pernikahan.

BACA: Sufian Suhaimi Ucap Selamat Maju Jaya Buat Elfira Loy

Difahamkan majlis berinai Elfira telah diadakan di Cyberview Resort, Cyberjaya yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat sahaja. Majlis yang bertemakan Bollywood itu tampak mewah dengan warna terang.

Manakala Elfira pula kelihatan manis sekali mengena sari rona kuning dan merah. Diapit manis pula beberapa rakan selebriti seperti Bella Dally dan Sweet Qismina yang turut sama mengenakan sari.

Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar majlis berinai Elfira yang bertemakan Bollywood. Enjoice! (rtky/w)