fbpx

Sufian Suhaimi Ucap Selamat Maju Jaya Buat Elfira Loy

Dikala ramai memuji kecantikan keseluruhan pernikahan Elfira Loy bersama pasangan yang jelas tampak mewah, tidak ketinggalan bekas tunangnya, Sufian Suhaimi memberi ucapan buat Elfira sempena penikahannya semalam.

BACA: Elfira Loy, Faris Khairul Anuar Selamat Bergelar Suami Isteri

“Selamat maju jaya untuk Elfira dan pasangannya. Tiada apa yang ingin saya katakan sebab kami sudah lama meneruskan kehidupan masing-masing. Saya pun gembira menikmati kehidupan saya sekarang,” katanya ringkas.

Bagaimanapun Sufian ketika dihubungi enggan mengulas panjang mengenai pernikahan bekas tunangnya itu. Sebagai recap, Sufian dan Elfira terdahulu pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar awal tahun lepas.

Kemudian mereka membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada Oktober 2017, dalam satu majlis besar-besaran. Namun dengan pelbagai spekulasi, pertunangan mereka hanya bertahan selama empat bulan. (rtky/w)