Selepas enam bulan bunyi ini menjadi satu teka teki yang telah di’jawab ratusan pemanggil, akhirnya ada pemenang yang membawa pulang jumlah yang agak besar untuk tugas mudah — teka bunyi.
Teka Bunyi ERA di ERA fm selama enam bulan mencari jawapan yang tepat untuk bunyi yang mereka pertaruhkan & Yusni Yusof berjaya menjadi pemanggil bertuah. Rezeki badan.
Pada 8 Januari yang lalu, Yusni Yusof telah meneka dengan tepat bunyi yang di’berikan sebagai mesin pengilap lantai sekaligus membolehkan beliau membawa pulang wang berjumlah RM43,200.
Yusni Yusof yang hadir ke konti ERA fm hari ini berkata bukan sesuatu yang mustahil untuk menembusi talian telefon untuk menjawab Teka Bunyi ERA & jawapan datang dari perbincangan dengan keluarga.
Tahniah Yusni Yusof atas kemenangan ini & bukan sedikit wang RM43,200 — gunakan sebaik mungkin, juga baik jika di’gunakan untuk belanja kami semua di’sini makan. Heh.