fbpx

Tegar Dihalau Tak Mampu Bayar Sewa, Ibu Sudah Beberapa Hari Tak Makan

Berdepan masalah kewangan,penyanyi Tegar Septian dihalau dari rumah yang turut didiami oleh kedua ibu bapanya selepas gagal membayar sewa.

Memetik laporan media, menerusi Insta Story, Tegar turut berkongsikan perbualan WhatsApp dimana pemilik rumah berkenaan memintanya untuk mengosongkan rumah kerana mahu diberikan kepada penyewa baru.

BACA: Lima Bulan Cerai, Janda Tegar Dah Ada Pengganti

“Apa yang harus aku lakukan, aku harus bayar sewa rumah. Kasihan sama orang tua aku, kalau tidak bayar mereka mahu tidur di mana?” tulisnya.

Menerusi perbualan aplikasi WhatsApp lain yang dikongsikan, Tegar memberitahu ibunya sudah beberapa hati tidak makan.

Tegar juga memberitahu dia sering berdepan masalah kewangan kerana sering ditipu dan tidak menerima wang royalti daripada hasil nyanyiannya.

“Maaf, aku jadi begini kerana selalu kena tipu. Semoga kalian faham apa yang terjadi. Royalti pun belum dapat sepenuhnya,” katanya.

Terdahulu, Tegar bercerai dengan bekas isterinya, Sarah Sheilka pada Jun lalu akibat masalah kewangan. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Abidzar Oktaviano Putra Septian kini berusia dua tahun.