fbpx

Lima Bulan Cerai, Janda Tegar Dah Ada Pengganti

Baru sahaja lima bulan bercerai, bekas isteri penyanyi Indonesia, Tegar iaitu Sarah Sheilka didakwa sudah bertemu pengganti.

Perkongsian wanita itu menjadi perhatian ramai apabila memuat naik beberapa keping gambar mesra dengan seorang lelaki di media sosial.

BACA: Nikah Di Usia Muda, Tegar Septian Mengaku Sudah Bercerai

 

View this post on Instagram

 

A post shared by •Gold Diamond• (@sarahsheilka)

Meskipun ramai yang bertanyakan di ruanga komen, namun Sarah tidak menjelaskan siapa gerangan lelaki bernama Fatham itu.

Terdahulu, rumah tanga penyanyi terkenal Indonesia iaitu Tegar Septian hanya mampu bertahan selama dua tahun sahaja selepas mendedahkan sudah bercerai degan isterinya, Sarah Sheilka pada Jun lalu akibat masalah kewangan.

Tegar mendirikan rumah tangga pada usia 19 tahun. Pasangan itu mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Abidzar Oktaviano Putra Septian kini berusia dua tahun.