fbpx

Taylor Swift Terpilih Sebagai Billboard’s Woman of the Year & Termuda

Nampaknya penghargaan & anugerah buat Taylor Swift semakin mencurah sehingga ke hari ini.

Billboard baru sahaja mengumumkan yang Taylor Swift bakal menerima penghargaan sebagai Woman of the Year untuk tahun 2011 atas pencapaian beliau dalam dunia muzik.

Pemenang anugerah Grammy sebanyak empat kali ini juga merupakan selebriti wanita termuda yang menerima penghargaan ini — Taylor Swift kini berumur 21 tahun.

Untuk tahun 2011 sahaja, Taylor Swift telah melakukan rekod baru kerana berjaya meletakkan 11 daripada 14 lagu beliau dari album ketiga Speak Now dalam carta Hot 100 Billboard.

Taylor Swift akan menerima penghargaan beliau di majlis tahunan Women in Music yang di’anjurkan Billboard Jumaat ini di New York. Tahun lepas, Billboard memberikan penghargaan ini kepada Fergie (Black Eyed Peas).